THE KARATE KID
JACKIE CHAN sebagai Mr. HAN
JADEN SMITH sebagai DRE PARKER
Watak utama dalam filem THE KARATE KID INI IALAH Mr. Han da Dre Parker. Filem ini berkisar kan tentang kesungguhan dan kesucian dalam mempelajari seni mempertahankan diri iaitu KARATE. Filem ini sangat menekankan tentang tujuan seni mempertahankan diri untuk mempertahankan diri dan seterusnya kelebihan ini sama sekali tidak boleh digunakan untuk kepentingan diri atau untuk menunjuk kelebihan diri.
Di sini kita dapat lihat bagaimana Dre Parker meminta untuk diajarkan seni kung fu. Dia sangat berharap dapat belajar daripada Mr. Han kerana dia pernah diselamatkan oleh Mr. Han apabila dia terlibat dalam pergaduhan dengan Cheng, seorang yang sangat angkuh tentang kelebihan seni kung fu yang dimilikinya. Mr. Han mepamerkan kung fu yang sangat hebat dan telah menarik minat Dre Parker untuk belajar daripada beliau. Pada mulanya Mr. Han menolak permintaanya tetapi setelah dirayu berkali-kali akhirnya beliau bersetuju.
JENIS EMOSI YANG TERLIBAT
BERHARAP - Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi jenis ini akan memberikan satu kesan negatif sekiranya berakhir dengan apa yang diharapkan tidak kesampaian. Cara terbaik untuk menguruskan emosi ini ialah dengan tidak meletakkan satu pengharapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu benda atau perkara. Jadi dalam kes ini pengharapan Dre Parker tidak berakhir dengan kesan negatif kerana akhirnya Mr. Han bersetuju untuk menjadi sifu kepadanya.
Selepas Mr. Han bersetuju untuk mengajar seni kung fu kepada Dre Parker, setiap hari dia akan pergi ke rumah Mr. Han untuk menjalankan latihan-latihan. Latihan asas yang berulang-ulang dan berlaku setiap hari tanpa ada perubahan telah menimbulkan kemarahan pada Dre Parker kerana dia berasa dipermainkan. Pakai jaket, jatuhkan jaket dan gantung jaket. Dre Parker berasa sangat marah, tetapi dia tidak mengetahui tujuan Mr. Han menyuruh dia melakukan gerakan itu. Gerakan itu sebenarnya adalah untuk menguatkan otot lengan dalam seni kung fu. Mr. Han menyatakan dalam setiap pergerakan yang kita lakukan mempunyai seni kung fu.
JENIS EMOSI YANG TERLIBAT
MARAH - Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi marah ini sangat bahaya dan jika tidak dikawal, akan membawa kesan yang negatif. Cadangan untuk menguruskan emosi jenis ini ialah dengan cara sentiasa berfikiran positif ataupun menggunakan alat berfikir jenis CoRT 1. Dalam filem yang ditayangkan Dre Parker dapat mengatasi perasaan marahnya kerana Mr. Han dengan tenangnya menyatakan tujuan pergerakan itu.
Pada suatu hari Mr. Han memberikan cuti kepada Dre Parker dan ia bermaksud Dre Parker tidak perlu datang ke rumah beliau membuat latihan kung fu. Tetapi pada lewat malam Dre Parker datang ke rumah beliau dan melihat Mr. Han sedang memukul dan memusnahkan kereta yang setiap hari diperbetul dan digilapnya. Selepas menyedari kehadiran Dre Parker, beliau berhenti daripada perbuatannya dan menangis sekuat hati. Dre Parker duduk di sebelah Mr. Han dan beliau menghulurkan sekeping surat khabar yang mengandungi gambar isteri dan anaknya. Rupa-rupanya isteri dan anaknye meninggal dunia seteah terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandu oleh Mr. Han. Oleh itu, pada setiap hari ulang tahun kematian mereka, Mr. Han akan memusnah dan memukul kereta yang sama yang telah diperbetul kerana rasa bersalah yang menyelubungi diri. Mr. Han juga berkata bahawa dia sangat rindu akan isteri dan anaknya.
JENIS EMOSI YANG TERLIBAT
SEDIH - Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi sedih pula satu emosi yang dapat memberikan satu kesan negatif yang lama. Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar redha menerima kenyataan dan terapi yang terbaik ialah zikrullah. Dalam setiap agama mempunyai cara untuk berdoa, maka tiada alasan untuk terus bersedih
BERSALAH - Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi ini juga sangat berbahaya kerana memberikan kesan negatif yang lama. Cara terbaik untuk menguruskan emosi jenis ini ialah dengan cara redha dan luahkan emosi ini dalam bentuk penulisan atau karya supaya emosi ini cepat dilupakan. Dalam filem ini, Dre Parker telah mengajak Mr. Han untuk mengajar dia pergerakan baru dalam kung fu.
RINDU - Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Rindu adalah satu emosi yang boleh diuruskan dengan cara tidak terlalu memikirkan sesuatu perkara itu dan melakukan perkara yang berfaedah.
Pada akhir cerita ini, Dre Parker telah memenangi Pertandingan Kung Fu antara kelab Kung Fu. Dre Parker telah berjaya menawan pihak musuhnya iaitu Cheng walaupun kelab Kung Fu telah bermain taktik kotor dan menyebabkan Dre Parker tercedara. Mereka berasa sangat gembira kerana tidak pernah menyangka akan memenangi pertandingan ini. Selain itu, semua pelajar pergi ke Mr. Han kerana tertarik dengan cara beliau mengajar Kung Fu.
JENIS EMOSI YANG TERLIBAT
GEMBIRA - Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi gembira adalah satu emosi positif, jadi pengurusannya juga mudah. Cara terbaik menguruskan emosi jenis ini ialah dengan menerimanya dengan redha dan bersyukur. Kita juga boleh meraikan kegembiraan kita bersama orang lain dan orang di sekeliling kita.
BANGGA - Cadangan cara menguruskan emosi dalam situasi ini Emosi positif ini boleh diuruskan dengan tidak terlalu lama memikirkannya kerana jika terlalu lama, emosi ini akan memberikan kesan negatif pula. Mr. Han berasa bangga kerana Dre Parker berjaya memenangi pertandingan ini.
SEKIAN DULU NOTA PENDIDIKAN KKE UNTUK KALI INI~~